Homestay untuk muslim terletak di kejiranan D8, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi Selangor. Sesuai kepada sesiapa yang memerlukan penginapan harian bersama keluarga samada untuk menghadiri majlis perkahwinan, pendaftaran atau konvokesyen IPTA / IPTS (UKM, UPM, GMI, MFI, OUM, UNITEN, UNIKL), kursus atau seminar di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.
Juga sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin bercuti sambil membeli-belah kerana lokasi homestay juga berdekatan dengan butik-butik di Bangi Sentral, Fareeda, Ariani, Gulatis dan Kompleks PKNS yang terletak di Seksyen 9, serta 10 minit ke IOI City Mall dan 15 minit ke Alamanda di Putrajaya.
Rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air serta lengkap dengan penghawa dingin untuk setiap bilik tidur, water heater, kipas siling, kemudahan asas untuk memasak dan membasuh pakaian.
Homestay terletak di kejiranan D8 yang berpagar dan berpengawal serta berhampiran dengan kemudahan asas lain seperti kedai makan, masjid, surau, klinik dan hospital swasta.
Alamat homestay : 40, Jalan 8/23, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Pn Ain : 013 394 1992
Kadar sewa : - 1 malam : RM300 - 2 malam & seterusnya : RM250 -
Deposit RM100 dikenakan semasa check-in dan akan dikembalikan semasa check-out. - Check-in pukul 3.00 petang - Check-out pukul 12.00 tengahari. - Tuala mandi dan sabun mandi disediakan. - Homestay untuk tetamu MUSLIM