Garis Panduan Untuk Memohon Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dan Agensi Pengembaraan

Garis Panduan Untuk Memohon Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dan Agensi Pengembaraan

PELANCONGAN
Garis Panduan Untuk Memohon Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dan Agensi Pengembaraan

Untuk Memohon
Pemohon mestilah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Borang Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan SATU (1) salinan Borang 1 (Peraturan 3). Borang yang telah disempurnakan hendaklah dihantar terus ke Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.

Nama Syarikat
* Nama yang digunakan oleh syarikat hendaklah sesuai dan melambangkan perniagaan pengendalian pelancongan atau agensi pengembaraan.
* Jenis Perniagaan Yang Dilesenkan
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan
* Pelancongan Dalam Negeri (Inbound Tour)
* Pelancongan Luar Negeri (Outbound Tour)
* Perniagaan Agensi Pengembaraan (Ticketing)

Kertas Kerja
Hendaklah dikemukakan dalam SATU (1) salinan dan mengandungi maklumat sebagaimana garis panduan yang boleh diperolehi dari Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia atau Pejabat Pelesenan Wilayah-wilayah Kementerian ini.

Modal Berbayar
* Dalam Bandar-Bandar Utama

RM200,000.00 bagi satu atau mana-mana dua atau tiga kombinasi  jenis perniagaan.

* Luar Bandar-Bandar Utama
o RM200,000.00 bagi ketiga-tiga kombinasi di antara jenis Perniagaan Pelancongan (Inbound, Outbound & Ticketing)
o RM150,000.00 bagi kombinasi jenis Perniagaan Pelancongan Dalam Negeri dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (Inbound & Ticketing).
o RM200,000.00 bagi Pelancongan Luar Negeri (Outbound)
o RM100,000.00 bagi Perniagaan Agensi Pengembaraan.
o RM50,000.00 bagi Perniagaan Pelancongan Dalam Negeri (Inbound)

Jumlah Pegangan Modal Saham
* Warganegara Malaysia
* Ekuiti Asing
* Ekuiti asing hanya dibenarkan melalui syarikat sahaja dan dihadkan kepada maksima 30%

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Mengemukakan
* Dokumen dan Borang-Borang Akta Syarikat 1965 yang telah disahkan benar oleh pejabat Pendaftar Syarikat.
* Satu (1) salinan Memorandum dan Tataurusan Syarikat.
* Satu (1) salinan Borang 9-Certificate of Incorporation of Private Company.
* Satu (1) salinan Borang 13-Certificate of Incorporation on Change of Name of Company.
* Satu (1) salinan Borang 24-Returned of Allotment of Shares.
* Satu (1) salinan Borang 25-Statement Containing Particulars of Shares Alloted Otherwise Than For Cash.
* Satu (1) salinan Borang 32A-Form of Transfer of Securities.
* Satu (1) salinan Borang 49-Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Change of Particulars.
* Satu salinan sijil saham bagi setiap pemegang saham modal berbayar.
* Dua keping gambar warna terbaharu berukuran pasport bagi setiap ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Modal Berbayar.
* Catatan : 2 salinan dokumen perlu dikemukakan sekiranya permohonan dihantar ke Pejabat Pelesenan Wilayah.

Fi Pemprosesan
Fi pemprosesan sebanyak RM100.00 hendaklah dikemukakan semasa memohon.

Cara Bayaran
Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / cashier’s order di atas nama Pesuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan. Nama syarikat dan nombor rujukan fail Kementerian (jika ada) hendaklah ditulis dengan terang di belakang draf bank / kiriman wang / cashier’s order berkenaan.

Penghantaran Borang Permohonan
1. Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur – Permohonan dari wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, sebahagian daripada daerah Negeri Pahang (daerah Temerloh, Jerantut, Bera, Raub, Bentong, Kuala Lipis dan Cameron Highlands) dan sebahagian daripada Negeri Perak (Bandar Ipoh, daerah Tanjung Malim, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Pulau Pangkor, Sitiawan dan Batu Gajah)
2. Pejabat Pelesenan Wilayah Utara – Permohonan dari Kedah, Langkawi, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara yang meliputi Bandar-bandar di Utara Ipoh (Daerah Taiping, Grik, Lenggong, Sg. Siput, Kampar dan Kuala Kangsar dan Krian)
3. Pejabat Pelesenan Wilayah Timur – Permohonan dari Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang (Bandar Kuantan, Daerah Pekan dan Maran)
4. Pejabat Pelesenan Wilayah Selatan – Permohonan dari Johor, Melaka dan sebahagian daripada Pahang (Daerah Rompin dan Pulau Tioman)
5. Pejabat Pelesenan Wilayah Sabah – Permohonan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
6. Pejabat Pelesenan Wilayah Sarawak – Permohonan dari Sarawak

Setelah Permohonan Diluluskan

1. Lesen
* Tempoh lesen yang dikeluarkan adalah 1-3 tahun.
* Bila lesen dan sticker boleh dikeluarkan dan permulaan perniagaan
* Lesen dan sticker akan hanya dikeluarkan apabila keperluan ruang premis dan fee pelesenan telah dipenuhi/dijelaskan oleh pemohon.
* Perniagaan hanya boleh dijalankan apabila lesen telah dikeluarkan kepada pemohon.

2. Ruang Kemas Perniagaan
* Keluasan sekurang-kurangnya 400 k.p.
* Tidak berkongsi dengan perniagaan-perniagaan yang lain
* Premis perniagaan beroperasi sama ada di komplek pejabat, komplek perniagaan, hotel atau rumah kedai dan premis tersebut hendaklah terletak di lokasi yang sesuai dan strategik.
* Rumah kediaman tidak dibenarkan
* Tempoh penyediaaan ruang premis perniagaan
* Disediakan dalam tempoh dua bulan (2 bulan) dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.

3. Fi Pelesenan [Setahun]
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri RM250.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri RM500.00
* Perniagaan Agensi Pengembaraan RM200.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam dan Luar Negeri RM750.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri dan Perniagaan Agensi Pengembaraan RM450.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri dan Perniagaan Agensi Pengembaraan RM700.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam dan Luar Negeri serta Perniagaan Agensi Pengembaraan RM950.00

Sumber Maklumat: http://www.motour.gov.my

Leave a Reply