Penipuan Bayaran Dengan Resit Palsu

Penipuan Bayaran Dengan Resit Palsu

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai penipuan pembayaran pembelian atau sewaan.

Saya percaya anda sudah biasa menerima bayaran pendahuluan atau bayaran penuh bagi sewaan unit homestay anda secara atas talian (online) bukan?

Mungkin anda perasan minggu lepas netizen digemparkan dengan sindiket ‘membuat resit palsu’ bayaran dari mesin CDM.
Memang mudah untuk membuat resit palsu dengan upah RM5 sahaja. Untungnya berganda-ganda kepada si penipu.

Sebagai langkah keselamatan anda,

  • Semak slip/resit bayaran dengan teliti.
  • Semak transaksi keluar-masuk akaun anda.
  • JANGAN serah kunci kepada penyewa selagi bayaran belum anda terima.

Bagaimana Nak Elak Kena Tipu Dengan Resit Palsu?

Saya sendiri pernah kena tipu.

Ya! Silap saya juga kerana buat penghantaran barang menggunakan pos kepada ‘pembeli penipu’ tanpa semak transaksi bayaran masuk ke akaun bank saya terlebih dulu.

Cuma lihat gambar resit dihantar di Whatsapp, TERUS PERCAYA!!

Cara Buat Resit Palsu CDM Maybank

Akhirnya sendiri yang rugi.

Saya kemudian mencari kaedah bayaran terus ke akaun bank saya. Jadi, tanpa saya beri no akaun bank pun, pembeli masih boleh buat bayaran.

Jika pembeli lambat bayar, saya siap bagi peringatan lagi kepadanya.

Saya menggunakan BILLPLZ

Konsepnya sama seperti kita membeli tiket penerbangan, bayar bil online.

Klik.. Klik.. Klik.. Terus Bayar .. dan Selesai.

Anda boleh cuba sendiri menggunakan Billplz. Mudah untuk digunakan. Cas perkihdmatannya pun rendah.

Anda boleh daftar akaun Billplz DI SINI
>> billplz.com

Jika anda ada pertanyaan atau perlukan bantuan saya, tinggalkan komen ya!!

Terima kasih
Encik Mus
www.direktorihomestay.com

Masukkan Iklan Homestay Secara PERCUMA?

Link : https://www.direktorihomestay.com/adverts/add

2 Comments on “Penipuan Bayaran Dengan Resit Palsu”

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply