Sebagai pengusaha homestay sudah pasti sering berhadapan dengan penggunaan bil elektrik yang melambung tinggi. Bil utiliti seperti ini akan mengurangkan margin keuntungan perniagaan homestay kita.
Kita sedia maklum, apabila sesebuah unit diserahkan kepada penyewa bermakna penyewa berhak menggunakan apa sahaja kemudahan yang ada pada unit kerana semuanya sudah dibayar.
Tetapi, kita boleh mengurangkan kos operasi terutama kos membaiki kerosakan dan mengurangkan bil utiliti yang tinggi.
Saya ingin berkongsi cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik untuk unit homestay.
Melekat notis Jimatkan Elektrik
Ianya memang nampak mudah namun sekurang-kurangnya apabila penyewa melihat notis tersebut, mereka akan bertindak mengurangkan penggunaan elektrik.
Menggunakan Peralatan Jimat Tenaga
Sebagai pengusaha homestay, anda boleh memasang kelengkapan elektrik pada unit anda yang disahkan jimat elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga.
Harganya mungkin sedikit mahal namun untuk jangka masa panjang ianya amat berbaloi.
Memasang Keytag Sensor
Keytag sensor ni kita biasa lihat dalam bilik hotel. Bila kita masuk dan perlu masukkan kunci pada panel keytag tersebut dan apabila kunci ditarik semula, bekalan elektrik akan diputuskan secara automatik.
Hotel Sensor Switch – Beli Di Sini
Sistem pendawaiannya perlu dilakukan oleh juruelektrik bertauliah. Jika anda sendiri boleh memasangnya, anda boleh berjimat di situ.
Namun perlu diingatkan, bekalan elektrik yang sering terputus boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik seperti peti sejuk. Jadi, asingkan pendawaian untuk peralatan ini.
Selamat mencuba.
Salam..
Saya ada menjual “Energy Saving Hotel Switch” ini.
Boleh tengok kat sini https://carousell.com/p/138844986
Jika tuan/puan berminat boleh hubungi saya.
Kalau nak pasang sendiri pun boleh, cukup senang.
Terima kasih atas info..
Kalau di sekitar melaka pemasangan juga boleh dibuat..